Konsultasi ยท Kuisytihar Digital Hub

Tempah sesi semakan funnel.

Sesi 30 minit untuk tengok offer, campaign, landing page dan follow-up anda. Saya baca konteks sebelum panggilan, jadi masa 30 minit dipakai untuk keputusan, bukan untuk cerita latar belakang.

01

AGENDA

Apa yang berlaku dalam 30 minit.

  1. 01

    Konteks

    Anda cerita apa yang anda jual, siapa yang dibidik, dan apa yang sedang berjalan sekarang.

  2. 02

    Diagnosis

    Saya tunjuk di mana lead biasa terlepas: mesej, landing page, follow-up atau booking.

  3. 03

    Keutamaan

    Kita susun tiga benda yang patut dibaiki dahulu, ikut kesan pada lead, bukan ikut mana yang senang.

  4. 04

    Langkah seterusnya

    Akhir sesi, anda tahu apa yang perlu dibuat sendiri dan apa yang boleh diserahkan kepada saya.

02

PERSEDIAAN

Bawa lima benda ni, sesi jadi padat.

Tulis pautan dalam ruang keterangan borang tempahan supaya saya boleh baca sebelum panggilan.

  • BisnesNama bisnes dan apa yang anda jual.
  • FunnelPautan landing page atau borang yang sedang digunakan.
  • OfferOffer utama dan apa yang anda minta daripada lead.
  • SejarahApa yang sudah dicuba dan apa yang berlaku selepas itu.
  • AngkaBelanja iklan, jumlah lead dan booking, kalau ada.

Kalau belum ada semua, tetap datang. Kita guna apa yang ada dan saya terangkan apa yang perlu diukur dahulu.

03

SESUAI ATAU TIDAK

Sesi ni berguna kalau anda sudah ada sesuatu yang berjalan.

Berguna

  • Funnel sudah berjalan tetapi lead tidak jadi booking atau WhatsApp.
  • Iklan sudah dibelanja dan anda tak pasti bahagian mana yang rosak.
  • Anda mahu keputusan diterangkan dengan data, bukan dengan pendapat.

Belum sesuai

  • Produk atau offer belum wujud, jadi tiada apa yang boleh disemak.
  • Anda perlukan volume content tanpa review fakta dan suara.
  • Anda perlukan agency besar dengan banyak account manager.
04

SOALAN

Sebelum anda tempah.

Berapa lama sesi ni?
30 minit. Kalau isu yang dibawa perlukan masa lebih, kita atur sesi berasingan.
Di mana sesi berlangsung?
Google Meet. Link masuk dalam emel pengesahan selepas tempahan dibuat.
Boleh tukar atau batal?
Guna link dalam emel pengesahan, atau email saya terus. Slot yang dibatalkan akan dibuka semula untuk orang lain.
Kalau tiada slot yang sesuai?
Email akmal@kuisytihar.com dengan waktu yang anda boleh, dan saya buka slot lain.
Apa jadi pada data tempahan?
Butiran tempahan diproses oleh Google Calendar. Ringkasan ada dalam polisi privasi.
05

TEMPAT

Pilih slot, saya baca konteks sebelum panggilan.

Kalendar menunjukkan slot kosong dalam waktu Malaysia. Tempahan terus masuk ke kalendar saya, jadi tiada langkah pengesahan tambahan.

Buka kalendar tempahan

Atau email akmal@kuisytihar.com